Sunday, September 5, 2010

SEBIDANG TANAH PUSAKA

Sebidang tanah pusaka
ditumbuhi kembang yang membawa lagu damai
hijau subur membayangkan akhlak terpuji
pakaian peribadi orang-orang kita sejak dulu
meniti megah di permatang kemajuan

gaya hidup masyarakat sudah berubah warna
dari gelap kepada wanginya tamadun manusia
mengikut arus zaman; janji tercetus lembut
di antara dua hati yang dimabukkan cinta
o…cukup mempesonakan

kita telah sepakat menuangkan bakti suci
pada sebidang tanah pusaka demi cinta
biar tidak mengalami peristiwa hitam mendung;
daun gugur; bulan gerhana di ranting kering
dan keperitan sungai mengalir di musim garing
kita tak kan biarkan
sejarah luka di jalan-jalan semalam
sebidang tanah pusaka
tergadai dan terseksa di bawah kerakusan
sang penjajah

karya,
mohd adid ab rahman
smk selandar, melaka.

[TELAH DISIARKAN OLEH BERITA HARIAN
24 JULAI, 2010]

No comments:

Post a Comment