Saturday, July 24, 2010

MENUJU IMPIAN DI SEBERKAS PELANGI

di rumah sunyi orang-orang enggan bercakap
seakan menyimpan rahsia besar di dasar paling dalam
inilah ruang geleparkan kenangan di api yang terjaga nyalanya

saat terkenang
pilu berkembang
dan airmata berlinang

aku menyulam doa wangi untuk diri
agar Tuhan tidak lagi menghantar aku ke sudut
nasib terjepit di sela-sela gerhana matahari
alam diselubungi kelam
semalam adalah hari-hari sukar bagiku
seperti kedamaian yang membanggakan wilayah ini
tiba-tiba terusir oleh keributan segerombolan insan lemah
berdemontrasi di jalan menuntut dikenyangkan perut yang lapar
tinggalkan cemas dan takut yang saling tumbuk-menumbuk
mengisi setiap relung perasaan penduduk

o… Tuhan
sorotilah setiap langkah kaki
menuju impian di seberkas pelangi
dalam rangkum ridha-Mu yang membiru

karya,
Mohd Adid Ab Rahman
Melaka.
2 Ogos, 2009

[Tersiar di URTV edisi 15 – 30 Jun, 2010]

No comments:

Post a Comment