Monday, April 2, 2012

SAJAK HARI JUMAAT

hari paling manis pada senyum yang tak sekedar terlukis di bibir
tapi lahir dari cetusan hati yang paling ikhlas menyerupai bening embun
di laman pagi dalam seminggu

kelihatan kaum lelaki berpakaian indah seusai mandi
berbau wangi seperti wajah ceria
sebaik doa suci dimakbulkan Tuhan
maka dengan langkah yang sederhana
menuju masjid sebagai tetamu-Nya di saf pertama
didorong oleh rindu yang sarat di kalbu

sungguh lapang selapang padang
jiwa tenang
seusai solat Jumaat
mengukuhkan perpaduan
mengeratkan tali persaudaraan
aku berharap selepas Jumaat ini
aku masih lagi mampu mengisi rumah-Mu
mendengar amanat dan nasihat dari mimbar
yang sangat berguna ke arah ketakwaan
pada hari Jumaat berikutnya

karya,
Mohd Adid Ab Rahman
Selandar, Melaka.

[TERSIAR DI HARAKAH EDISI 2 – 3 MAC 2012]

No comments:

Post a Comment