Monday, June 13, 2011

AKU INGIN BERBUAT BAIK PADA DIRIKU

aku ingin berbuat baik pada diriku
menumbuhkan sejuta kembang yang kaya harum di halaman kalbu;
pagi begitu bening bagai suara memuji Tuhan
Penguasa langit dan bumi
atau kata-kata yang berhikmah
tidak pernah meniup angin kasar
suburkan tanah garing pada budi pekerti
menjelma satu keajaiban
siapakah yang tidak ingin datang
menawarkan seungkap kemesraan
untuk bersahabat?

aku ingin berbuat baik pada diriku
mendengar segala nasihat dan pesan-Mu dengan cukup hati-hati
agar diri menjelma doa suci;
dosa pun tumpah di ujung taubat nasuha
kerana Engkau memang Maha Pemaaf

aku ingin berbuat baik pada diriku
menjadi kekasih-Mu
setelah diri sebati dengan takwa

karya,
Mohd Adid Ab Rahman
SMK Selandar, Melaka.

[telah tersiar di Utusan Melayu Mingguan 7/3/2011]

No comments:

Post a Comment