kau kitab tua
seperti di rumah semalam juga
tergeletak sepi tanpa disentuh
sepertinya bernafas dalam udara padat seribu debu
lalu orang-orang giat membina hidup
tanpa nasihat dan petuamu
mereka lebih betah memilih tuntutan nafsu
yang berjanji hidup disaluti madu
padahal nasib buruk padam seribu lampu
bagi sebilangan insan
yang mahu bermesra dan mengakrabimu
dengan rasa sangat perlu
dada terisi pasti
diri terias akhlak terpuji
hidup selamat & berkat
di dunia & akhirat
karya,
Mohd Adid Ab Rahman
SMK Selandar, Melaka.
Telah tersiar di Harakah 16/11/2009
No comments:
Post a Comment