Monday, January 25, 2010
CERITA DI KAKI MALAM
CERITA DI KAKI MALAM
Setangkai kembang gugur ke lantai
menepati kolum jadual takdir
telah membuka cerita di kaki malam
yang menyaksikan bintang-bintang lindap;
si bayi kecil yang baru saja
didaftarkan sebagai penghuni bumi
kini tergeletak lesu di suatu sudut masjid
ibunya lesap dengan sejuta langkah
sepertinya menghindari rasa malu
lantaran menjadi ibu secara tidak sah
rela korbankan sifat kasihsayang
yang Tuhan bekalkan
Tatkala aku menatap si kecil
yang mulus pada kejernihan kaca sebelum dihinggapi
sebarang debu
maka padi diserang hama dan belalang
memperjorok raut wajah sawah
dan nasib petani
atau kepedihan sengsara mangsa gempa
yang hilang harta dan keluarga
hidup sebatang kara
telah meminjam sejuta hiris dari pisau
lalu terjunam ke dinding batinku
karya,
Mohd Adid Ab Rahman
SMK Selandar, Melaka
Telah disiarkan dalam Wasilah
pada 6 – 12 Disember, 2009
Setangkai kembang gugur ke lantai
menepati kolum jadual takdir
telah membuka cerita di kaki malam
yang menyaksikan bintang-bintang lindap;
si bayi kecil yang baru saja
didaftarkan sebagai penghuni bumi
kini tergeletak lesu di suatu sudut masjid
ibunya lesap dengan sejuta langkah
sepertinya menghindari rasa malu
lantaran menjadi ibu secara tidak sah
rela korbankan sifat kasihsayang
yang Tuhan bekalkan
Tatkala aku menatap si kecil
yang mulus pada kejernihan kaca sebelum dihinggapi
sebarang debu
maka padi diserang hama dan belalang
memperjorok raut wajah sawah
dan nasib petani
atau kepedihan sengsara mangsa gempa
yang hilang harta dan keluarga
hidup sebatang kara
telah meminjam sejuta hiris dari pisau
lalu terjunam ke dinding batinku
karya,
Mohd Adid Ab Rahman
SMK Selandar, Melaka
Telah disiarkan dalam Wasilah
pada 6 – 12 Disember, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment