Monday, April 2, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Malam yang mengatur langkah ke rumah kita
bukan sekadar memenuhi kolum rutin hidup
bahkan justeru memberi isyarat kesetiaan
yang biasanya membentuk bunga pelengkap
di kebun percintaan milik orang muda
bila kaki tersandung batu di jalan yang tak terurus
menceritakan sikap pengotor
atau ribut jantan yang tak disangka-sangka muncul di permukaan
menumbangkan pelbagai tanaman peladang
jiwa segera terhantar ke muara sungai
berasa diselubungi kelam malam
perih pilu
bahagia seperti onggokan bara
padam dibelasah hujan
karya,
Mohd Adid Ab Rahman
SMK Selandar, Melaka.
[Tersiar di Harakah 14 Februari, 2010]
Tuhan kurniakan lidah
agar supaya berkata-kata yang indah-indah
tapi kau justeru gunakan untuk menabur fitnah.
Tuhan anugerahkan mata
agar supaya melihat bukti-bukti kekuasaan-Nya
tapi kau gunakan untuk mengintip keaiban manusia.
Tuhan berikan akal fikiran
agar supaya mencari ilmu pengetahuan
tapi kau gunakan untuk perkara yang bukan-bukan.
Di mana syukurmu
segala apa yang Tuhan berikan
kau gunakan untuk mengenyangkan nafsu
untuk sesuatu yang sia-sia?
MOHD ADID AB RAHMAN
Selandar, Melaka.
BERITA MINGGU
No comments:
Post a Comment