Friday, February 11, 2011
SEHARUSNYA BILA TERBUKA TABIR TAHUN BARU
seharusnya bila terbuka tabir tahun baru
kita sudah memenuhi dewan berasa sesal dan pilu; 40 hari
suasana berkabung dihirup
atas usia yang tergelincir semalam
diselubungi sejuta asap
lihat saja sekumpulan kerbau bergelumang dengan lumpur kelabu
menyembunyikan rupa yang sebenar
berlarilah sejauh-jauhnya daripada terpalit aktiviti
meraikan kedatangan tahun baru
dengan perbuatan tak berkualiti
atau menghidupkan program membangkai
yang ketara membabi buta melanggar batas hukum
dan mencalar wajah ketimuran
yang mulus sebagus gadis manis
masih meniti permatang bening
embun bersiul-siul
di jendela dinihari
seharusnya bila terbuka tabir tahun baru
kita sama-sama sepakat mengisi petak sangat bersyukur
atas diberi-Nya peluang sekali lagi
untuk hidup menuju pengabdian sejati
karya,
Mohd Adid Ab Rahman
Selandar, Melaka
[TELAH TERSIAR DI HARAKAH 4 FEB 2011]

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment